Cara Untuk Membuat Pembelian Emas.

  1. Pilih Jenis Emas Yg Anda suka.


  • 1. Kalau saudara n saudari berpuas hati dgn harga yang tersebut. call or sms ke no 013-2986532 utk lock@booking harga emas yang terpampang di website.
2. Apabila persetujuan telah dicapai.dan harga telah dipersetujui..Masukkan duit pembelian kedalam akaun maybank sy di 558293608561 (Half Zone (HZ) Enterprise)

3. DIINGATKAN...Pastikan Anda menyimpan semua resit pembelian sebagai bukti pemmbelian anda.

4. So bila sy nak hantar emas untuk anda nanti, bolehla kita berbincang lebih lanjut mgenai pelaburan emas yang sangat menguntungkan ini...

5. Cas penghntaran akan dikenakn sedikit bergantung kepada budi bicara. <>

P/S = HARGA EMAS BERUBAH SETIAP 20 MINIT..KELEWATAN ANDA UNTUK MENGLOCK HARGA ADALAH SUATU KESILAPAN.

1/26/11

Emas Mengalami Penurunan..

JADI APA YANG PERLU DILAKUKAN...

Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kepada saudara / saudari yang sentiasa mengikuti post ini. Sejak dua minggu kebelakangan ini, harga emas dalam bentuk trend menurun. Adakah ini petanda awal harga akan terus menurun?. Ataupun harga ini adalah bersifat sementara? ataupun juga harga ini adalah yang paling rendah? Untuk membuat keputusan tersebut, semuannya bergantung kepada beberapa golongan dan ilmu yang dimiliki.

A) Penganalisis harga emas

Bagi yang mempunyai ilmu menganalisis harga dan pengalaman serta tahu selok belok penawaran dan permintaan. Mereka dapat menentukan harga tersebut setidak-tidaknya hampir tepat. Ada juga ramalan mereka tersasar tetapi masih hampir dengan harga yang diharapkan Walaubagaimanapun, harga komoditi emas ini boleh berubah bila-bila masa sahaja tetapi perubahannya tidaklah sepantas di pasaran saham. Apabila harga mencecah harga sasaran, maka penganalisis akan membeli dengan kuantiti yang banyak. Oleh itu, analisis daripada mereka yang pakar boleh digunakan atau dijadikan penanda aras untuk kita memiliki emas di pasaran.

B) Peniaga Emas

Peniaga emas lain pula ceritanya, bagi mereka harga turun atau naik tidak pernah menjadi masalah. Mereka tetap membeli emas tersebut. Jika harga turun, mereka akan membeli dengan kuantiti yang banyak lebih-lebih lagi jika permintaan yang tinggi daripada pelanggan. Kebiasaannya mereka akan memiliki emas yang banyak sabagai stok. Mereka sedar, permintaan yang tinggi berlaku apabila tibanya musim perayaan dan musim cuti sekolah (majlis perkahwinan). Walaupun harga jatuh atau naik, mereka tetap mendapat keuntungan melalui spread harga yang telah mereka tetapkan.

C) Pelabur emas 

Berlainan pula dengan pelabur emas. Bagi pelabur emas yang hanya tertumpu kepada melabur emas sahaja, mereka ada target masing-masing. Pelabur ini tahu dalam jangka masa yang panjang harga emas akan meningkat. Mereka tidak risau dengan harga emas itu naik atau turun. Ini kerana target mereka adalah jangka masa sederhana dan panjang. Jika ada wang ditangan, mereka akan cepat-cepat tukarkan kepada emas. Bagi yang memiliki ilmu menganalisis, mereka akan meneliti harga terlebih dahulu sebelum membelinya.

D) Pemerhati

Pemerhati pula mempunyai sikap memerhati dan menunggu. Walaupun harga tersebut turun, tetapi masih lagi memerhati. Mereka hanya beranggapan harga emas masih lagi tinggi. Mereka dapat menyampaikan dengan baik tentang naik turun harga emas. Ini mungkin disebabkan beberapa perkara yang menganggu keputusan mereka, antaranya:-

i- Tidak mempunyai wang simpanan yang cukup untuk memiliki emas.
ii- Lebih mementingkan wang simpanan daripada pelaburan emas. Bagi mereka memiliki emas itu tidak menampakkan pulangan yang menguntungkan.
iii-Hanya minat untuk mengetahui sahaja dan kurang yakin dengan emas walaupun mempunyai wang di tangan. 
 iv- Beranggapan emas itu mahal dan mereka akan terus menunggu sehingga harga itu jatuh seperti di zaman 30 tahun yang lepas. Itupun masih juga mahal.
v- Lebih mengutamakan benda lain dahulu (liabiliti dan kehendak). Jika ada lebihan wang barulah memiliki emas, tetapi emas itu adalah pilihan yang terakhir.



Kesimpulan 
Untuk membuat pelaburan yang bijak terutama pelaburan masa hadapan, maka seseorang itu haruslah memiliki ilmu terlebih dahulu melalui pembacaan, seminar, forum-forum dan seumpamanya bagi meningkatkan keyakinan. Setelah keyakinan itu diperoleh, maka langkah seterusnya perlu dilakukan tanpa menunggu dan melihat terlebih dahulu. Jika hanya menunggu, masa yang dilalui tidak dapat diundur lagi.

1/15/11

Tujuan

 SAYA HANYA MAHU MENGAJAK ANDA MENYIMPAN EMAS & BERKONGSI ILMU MENGENAINYA.


Tapi kenapa sampai beriya sangat nak ajak orang menyimpan emas hingga bersusah payah buat blog sendiri untuk promosi emas ni. 

Nampak menakutkan dan mengundang beberpa persoalan seterusnya membandingkan dengan beberapa skim yang saya sebutkan tadi. Mesti anda beranggapan bahawa mesti untung besar ni. Takkan nak bersusah begitu sekali nak ajak orang. Pesal tak kata, lantaklah dengan orang lain tu dengan nasibnya.

Memang la ada untung. Mana ada orang buat sesuatu tu dengan sungguh-sungguh tanpa untung

Paling tidak pun keuntungan dari mendapat keredhaanNya. Tapi banyak mana? Saya hanya boleh bagi bayangan bahawa keuntungannya datang dari bagaimana cara kita menguruskan emas kita walaupun sebagai peyimpan pasif saja. Saya pun boleh kongsi tentang cara berniaga emas. Tapi dengan syarat anda kena minat dan rajin membaca serta bertanya jika kurang faham. Saya mengambil juga mgambil masa yg lama memahami dan membuat keputusan tentang emas dan lebih setahun dengan pemerhatian sendiri.

Berbalik kepada kenapa saya beriya sangat ajak anda menyimpan emas ni.

 Tentang ini pun saya akan berkongsi jugak dengan anda. Bermakna tiada apa lagi yang nak diselindungkan. Sebenarnya dengan kuasa emas yang Allah bagi pada kita, kita boleh buat apa saja atas dunia ni tapi dengan syarat kita juga kena belajar macamana cara nak guna emas. Rasanya kat sekolah pun tak ada ajar subjek ni.


 
Graf harga emas 10 tahun lalu.
(Klik untuk besarkan)
Antaranya ialah:

# Emas adalah kekayaan sebenar kita. Sebab? Tiada lagi benda lain yang boleh tandingi nilai emas termasuk rumah, tanah dan sebagainya. Tapi bagi mereka yang belum mempunyai rumah, sebaiknya beli la rumah dulu jika perlu. Tentang ini pun saya dah tulis sebelum ni.

# Harga emas sentiasa meningkat sebanyak 30% setahun (purata) sejak 10 tahun lalu. Harga emas pada tahun 1998 ialah RM32/gram atau 1 dinar hanya RM145 sahaja. Sekarang tahun 2010 harga segram emas ialah RM166 atau 1 dinar RM672. Cuba kira berapakah kenaikanya. Jadi kita tak perlu melabur pun kalau nak untung. Hanya simpan jer. Kalau berniaga lagi la untung

# Wang kertas (fiat money) mengalami kejatuhan nilai setiap hari kerana dimamah inflasi. Nilai RM25 hari ini yang boleh membeli sekampit beras 10kg tidak lagi boleh berbuat demikian setahun dari sekarang kerana inflasi semakin meningkat. Walaubagaimana pun kita tetap memerlukan wang tunai untuk kegunaan belanja harian.

# Menguatkan ekonomi ummat Islam. Bila anda membaca dan mengambil iktibar dari bencana inflasi Zimbabwe sehingga 2.5juta peratus maka itulah keadaannya jika duit sudah tidak benilai lagi selain dari emas.

# Emas adalah satu benda yang paling mudah dicairkan untuk dapatkan tunai. Setiap orang sukakan emas sejak 6000 tahun dahulu. Dengan ujudnya pajakkan cara Islam (Ar-rahnu) maka peluang untuk meningkatkan ekonomi ummat Islam terbuka seluas-luasnya. Tepuk dada tanya hati untuk buat keputusan.

#  Bebas dari dosa riba kerana nilai emas akan naik dengan sendiri tanpa manipulasi dan kawalan. Harga akan meningkat berdasarkan permintaan semasa. Mengikut kajian kos melombong emas semakin tinggi dan susah dijumpai juga banyak mempengaruhi harga emas dunia.

# Emas boleh dipajak di Arrahnu iaitu pajak gadai cara Islam. Satu ketika dulu hanya orang miskin yang kesempitan duit saja yang ke kedai pajak tapi sekarang keadaanya sudah terbalik. Sebab tu la bila sebut saja perkataan pajak gadai satu perasaan negatif ujud dalam benak kita. Tapi kini orang kaya saja yang pergi ke arrahnu kerana mereka mempunyai emas. Harta lain seperti tanah, kereta dan rumah tidak boleh dipajak tapi boleh dicagar di bank. Cagaran di bank adalah cerita lain kerana banyak kelemahannya termasuk riba dokumentasi yang banyak. Orang yang memiliki emas digelar orang kaya. Usahawan emas lagi la digelar orang kaya. Dengan arrahnu dengan hanya sehelai kertas dan beberapa minit saja diperlukan untuk anda diberi pinjaman sehingga RM50,000.00.

Continue From The Last Entry.

Memang betul rezeki itu dari Allah tapi jangan lupa usaha adalah tangga kita. Tanpa sebarang usaha nak suap nasi pun tak boleh. Dalam bab emas ni pulak saya lebih suka bercerita hanya untuk simpanan sahaja tapi jika anda mahu melabur dan berniaga, keuntungan sepatutnya lebih berganda dari sekadar menyimpan. Jadi walaupun sekadar menyimpan tanpa berbuat apa-apa, kita tetap akan untung, malah lebih untung dari menyimpan dalam ASB atau Tabung Haji yang anda semua sudah tau berapa % setahun. Juga semua orang tahu bahawa harga emas meningkat saban tahun dan tidak ada orang kata harga emas sekarang murah. Saya pun dah lama dengar ayat ni dari dulu lagi tapi biasanya orang akan cakap, harga emas tahun lepas lebih murah dari harga sekarang. Betul la tu. Tapi faktanya? Saya pun sama, hanya tahu tanpa fakta. ASB tau la, dividen dan bonus dalam 7% setahun. Tahukah anda bahawa kenaikan harga emas adalah sehingga 20++% setahun. Banyak tu kalau nak bandingkan dengan ASB. Perbandingan ini pun orang tau tapi kenapa tiada tindakan?

Dalam pada tu ada jugak soalan bodoh yang saya dengar. “Habis kalau harga emas tu mahal, nak jual kat mana?” saya jawab, JANGAN JUAL,TAPI PAJAK JE. Sebenarnya bab pajak memajak pun kena bukak satu topik lain sebab masih ramai kaum Melayu ni tak tau tentang ujudnya Arrahnu kat Bank Rakyat atau Agro bank tu. Tapi tak apa la sekurang-kurang mereka ni nak bertanya dan memberi kita petunjuk tentang tahap ilmu ekonomi yang mereka ada.
Semua orang tertarik dengan emas
sejak 6000 tahun dulu

Sejak setahun lalu, melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri saya dah boleh agak kenapa perkara ni berlaku. Tiada pengentahuan tentang emas atau ILMU emas. Dalam kepala mereka ni hanya nampak duit saja. Ya… yang kita tau duit adalah satu benda yang paling berkuasa atas dunia sekarang tapi sebenarnya ada lagi benda yang lebih berkuasa dari duit iaitu EMAS. Hanya segelintir sahaja yang tau tentang kuasa emas. Kalau ada yang tau pun hanya untuk kegunaan sendiri jer. Lantak la orang lain. Emas ni untuk orang perempuan saja. Hanya orang nak kawin saja guna emas sebagai hantaran dan sebagainya.

Adakah anda pernah dengar bahawa pekedai emas bankrap, tutup kedai atau ada masalah kewangan walaupun tak ada orang masuk pun ke kedainya…. Tak ada kan?. Sebab mereka ni menjual emas. Emas ni tak buruk, tak busuk, tak ada tarikh luput dan tak perlu nak simpan dalam bilik hawa dingin pun untuk jaga kualitinya. Tanam dalam tanah sekali pun harga emas tetap akan bernilai dan harganya terus naik. Emas tak boleh dimusnahkan, tak boleh dicipta dan tak boleh dimanipulasi macam duit kertas.

EMAS BUKAN SKIM CEPAT KAYA ATAU MLM...

Bila saya bercerita kepada seorang rakan tentang emas, terus saya dilebelkan dengan pemain saham cepat kaya atau MLM. Susah betul nak ubah fikiran masyarakat kita yang rata-rata dah tau dengan kelemahan sistem lapuk yang dah bersarang dalam kepala mereka sejak skim berkenaan melanda negara padahal mereka hanya tau berita ni hanya melalui percakapan dan tanpa melaluinya. Ini dipanggil gosip.
Sistem MLM yang hanya menguntungkan
orang di atas

Di sini suka saya ingin terangkan bahawa kenapa emas? Tidak duit, tidak ASB, Tidak Tabung Haji atau Unit Trust? Sebenarnya saya pun pernah terjebak dengan skim MLM dan beberpa skim saham yang agak popular pada suatu ketika dulu. Dalam banyak-banyak nama dan syraikat itu tak ada satu pun yang menjayakan saya tapi tidaklah sampai jatuh miskin. Tapi saya lalui semua ini demi untuk berjaya, kalau tak berjaya pun saya dah ada satu pengalaman yang mungkin orang lain tak ada. Saya memegang kata-kata semangat dari seorang kenalan bahawa orang yang berjaya adalah mereka yang sanggup mengambil risiko dan jika ada orang yang penakut tapi berjaya, itu bukan dari usahanya sendiri tapi hanyalah kerana nasib.

1/14/11

Produk Emas Yang Dipasarkan.


Pamp S.A 999.9

Emas antarabangsa yang boleh diterima dimana-mana kedai atau
mana-mana Bank diseluruh Malaysia,ianya adalah salah satu jongkong emas yang meluas dalam pasaran antarabangsa.
Saya ada menjual:
5 gram, 10 gram, 20 gram,50 gram,100 gram,500 gram dan 1kg

Jewellery 999

Adalah salah satu produk yang jarang dijual dimana-mana kedai diseluruh negara,ianya sesuai dipakai sambil menyimpan.
Saya ada menjual:
10 gram, 20 gram, 30 gram, 50 gram dan 100 gram

Jewellery 916

Emas yang tidak asing lagi bagi orang ramai,ianya sesuai untuk barang perhiasan
sambil menyimpan harta emas. Saya menjual dalam semua bentuk dan saiz,untuk mendapatkan katalog boleh pm saya.

Dinar 999.9

Peralihan dari pada wang fiat kepada Dinar dan juga boleh dibeli untuk penyimpanan koleksi disamping menyimpan harta emas. Ukuran berat untuk 1 Dinar adalah 4.25 gram.
Harga boleh didapati dalam table disebelah kanan blog ini.

1/13/11

Mana Satu Pilihan Anda??



ASB, Emas ATAU Perak

 

 

 

 

Salam sejahtera, mulai 3 Januari 2011 anda dah boleh keluarkan dividen ASB anda. Apakah hala tuju simpanan anda tahun 2011 ini. Semoga artikel dibawah membantu anda memilih . Selamat membaca dan membuat pilihan.


1. AMANAH SAHAM BUMIPUTERA



“PNB isytihar dividen dividen ASB 7.50sen, Bonus 1.25sen” – 
BERNAMA
Alhamdulillah, Permodalan Nasional berhad sudah isytihar dividen dan bonus untuk ASB untuk  tahun 2010 sebanyak 8.75%.  Andai simpanan ASB anda RM10,000, maka jumlah yang anda perolehi ialah RM875,  pengiraan mudah. Saya juga antara pelabur yang meyimpan wang didalam akaun ASB. Dari segi keselamatan, memang terjamin dan dari segi pengurusan pula, anda tidak perlu pening kepala untukmonitoring saham setiap masa kerana semuanya diuruskan oleh pihak berwajib PNB.

Apa yang anda perlu buat ialah simpan duit anda didalam akaun ASB anda.



Analisa Dividen dan Bonus ASB dari tahun 1991 sehingga 2010.


2. EMAS
Pantas masa berlalu, penghujung tahun sudah tiba. Mungkin inilah masa terbaik untuk anda membuat analisis tentang kenaikan dan penurunan harga sesuatu barang. Apa jua yang berada di dunia ini mengalami turun dan naiknya. Alam juga tidak lari dari pasang surut airnya, siang dan malamnya. Kali ini, saya hanya membuat sedikit analisis tentang emas.
Dalam pemerhatian saya, kenaikan harga emas dari awal tahun 2010 hingga akhir tahun 2010 amat menarik. Kalau mengikut sumber dari GoldPrice History, purata kenaikan harga emas ialah 26.23%. Bagi saya, kenaikan ini sudah mengatasi pulangan ASB yang hanya 8.75% setahun. Eh, kalau simpan duit dalam bentuk emas bagus jugak ya.



Analisa Kenaikan Harga Emas Jan 2010 sehingga  Disember 2010 – Sumber GoldPrice.org

 

3. PERAK
Mungkin ramai tidak menyedari potensi perak ( silver) kerana murah dan dianggap tidak bernilai seperti emas. Tetapi bagi mereka yang sudah mengkaji dari awal potensi emas dan perak, sudah tentu perak menjadi pilihan mereka. Kalau aku inform kat sini kenaikan harga perak mengatasi emas dan ASB, korang percaya?
Menurut sumber SilverPrice History, kenaikan harga perak pada tahun 2010 ialah 70.68%, saya juga tidak percaya dengan kenaikan ini, tetapi selepas membuat sedikit kajian dan analisa, memang ternyata kenaikan harga perak mencapai 70% pada akhir tahun 2010. Sekiranya anda membeli perak dengan harga RM1000 pada awal tahun, hari ini sudah bernilai RM1700, patut la orang asyikhighlight dekat saya tentang emas dan perak penyimpan nilai terbaik.


Analisa kenaikan harga perak Jan 2010 sehingga Desember 2010 – Sumber SilverPrice.org 
Pilihan ditangan anda untuk menyimpan wang dalam bentuk aset stok (saham) , aset fizikal, atau letak duit bawah bantal. Dengan penjelasan diatas, mungkin dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat, dengan sedikit usaha anda untuk mencari maklumat yang lebih terperinci, anda mampu untuk membuat pilihan yang tepat. Satu nasihat dari saya, pelaburan yang akan anda pilih semestinya halal dan tidak terlibat dengan sesuatu yang meragukan. Saya sendiri pelbagaikan cara simpanan duit iaitu dalam bentuk emas, perak dan simpanan ASB.
Wassalam.
p/s : ASB 8.75%, emas 26%, perak 70%, pilih baik2 ya..


Untuk pengetahuan anda ketika artikel ini diedit harga 1 Dinar Emas ialah RM669.00 dan 1 Dirham Perak RM20.00 .


sekalung thanks to mr azrul

Cara Untuk Membuat Pembelian Emas.

  1.  Pilih Jenis Emas Yg Anda suka.

  1. Kalau saudara n saudari berpuas hati dgn harga yang tersebut. call or sms ke no 0132986532 utk lock@booking harga emas yang terpampang di website.
2.    Apabila persetujuan telah dicapai.dan harga telah dipersetujui..Masukkan duit pembelian kedalam akaun maybank sy di 107096303041 (Muhammad Hafiz)

3.    DIINGATKAN...Pastikan Anda menyimpan semua resit pembelian sebagai bukti pemmbelian anda.

4.    So bila sy nak hantar emas untuk anda nanti, bolehla kita berbincang lebih lanjut mgenai pelaburan emas yang sangat menguntungkan ini...

5.   Cas penghntaran akan dikenakn sedikit bergantung kepada budi bicara. < RM15

P/S = HARGA EMAS BERUBAH SETIAP 20 MINIT..KELEWATAN ANDA UNTUK MENGLOCK HARGA ADALAH SUATU KESILAPAN.


jadi tunggu apa lagi.

Wang Fiat Ringgit Malaysia.


Wang kertas RM yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat.
Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.
Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:

1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.
Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir

11.   “Sebenarnya  matawang tidak berharga  melainkan  jika Kerajaan  memberi  nilai kepadanya.   Wang  kertas  RM1.00  bukan  bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya.   Ia  bernilai  RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan  oleh  Kerajaan.  Jika Kerajaan mencetak angka lima atau  sepuluh  maka   nilai  kertasnya  tidak  naik  kepada  RM5.00  atau  RM10.00.   Hanya  pengakuan  dan  jaminan  Kerajaan   yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan”  (petikannya di sini)
Nah, lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh…

2. Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.

Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.

Contohnya amat mudah:

Katakan anda menyimpan wang kertas bernilai RM1000 di bawah bantal. 10 tahun akan datang, adakah nilai RM1000 tersebut boleh membeli barangan yang sama seperti sekarang? jawapannya, sudah pasti tak boleh.
Nilai wang kertas RM1000 itu akan menyusut akibat inflasi. Betul tak?

Jadi bagus ke tak bagus menyimpan wang kertas nie?

Memang sah tak bagus :(


Cuba bayangkan jika anda menyimpan emas bernilai RM1000 di bawah almari. 10 tahun dari sekarang, apa yang akan terjadi kepada nilai emas berkenaan? Sudah pasti nilainya akan naik.



Harga emas 10 tahun naik dari USD280 kepada USD842

Inilah yang dikatakan penyimpan nilai terunggul, terbaik dan tepat.
Tanpa perlu membuat sebarang pelaburan pun.

Setinggi thanks to sifu En Syukor.

Rahsia Wang Ringgit Malaysia

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Apa khabar pembaca sekalian? Saya harap anda sihat dan ceria adanya… maklumlah, kita baru melangkah ke tahun baru.
Ada buat matlamat tahun baru tak? Saya pasti anda ada matlamat tahun baru..
Adakah menyimpan wang merupakan salah satu daripada azam anda?
 Jika jawapan anda adalah Ya… tahniah!

Sebelum anda menyimpan wang, ada baiknya kita berkongsi maklumat tentang rahsia wang. Hehehehe… wang pun ada rahsianya… anda tau tak?
Kalau anda dah mengenali wang yang sebenarnya.. sudah pasti anda akan jatuh cinta dengannya :)

Well, artikel kali ini menyentuh tentang wang,
kalau dalam bahasa Inggerisnya = Money

Rakyat Malaysia dan Wang.

Bagi rakyat Malaysia, bila bercakap tentang wang, maka di dalam minda kita akan terbayang wang kertas Ringgit Malaysia (RM).

Betul tak?

maklumlah.. celik-celik mata ajer… wang kertas inilah yang kita gunakan hari-hari.
Kita sangkakan inilah wang yang sebenarnya… hmmm… betul ker?

Ringgit Malaysia – wang kertas kita


Tahukah anda, bila anda memahami tentang wang dan fungsi-fungsi wang, anda akan teperanjat!
Anda akan tahu apakah itu wang yang sebenarnya.
Adakah wang kertas yang kita gunakan merupakan wang yang benar-benar berfungsi sebagai wang?

Fungsi-Fungsi Wang.

Wang mempunyai 4 fungsi yang utama:

1. Sebagai unit nilai:
    Wang perlu berfungsi sebagai pengukur nilai bagi barangan dan perkhidmatan.
    Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual di dalam
    Ringgit Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah ringgit dan sen.

2. Media Pertukaran:
    Wang perlu berfungsi sebagai media pertukaran. Ia membolehkan kita menukarnya
    dengan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.
    Contoh, jika anda hendak ke pasar malam dan anda hendak membeli 10 barangan,
    anda cuma perlu membawa Ringgit Malaysia yang mencukupi.
    Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai media pertukaran
    dengan barangan yang mereka jual.

3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda:
    Wang perlu memainkan berfungsi sebagai piawai bayaran tertunda.
    Ini membolehkan urusniaga secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan.
   Contohnya, jika anda membuat pinjaman bank dengan kadar keuntungan sekian %,
   maka jumlah pembayaran pada masa hadapan boleh dikira dengan mudah.

4. Sebagai penyimpan nilai:
    Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul.
    Dengan kata lain kita boleh menyimpan wang dan menggunakannya pada masa
    hadapan/bila diperlukan tanpa perlu risau wang tersebut kehilangan nilainya.
    Sebab itulah benda-benda yang mudah rosak seperti buah-buahan tidak boleh
    menjadi penyimpan nilai yang baik.

Jika wang gagal memenuhi mana-mana fungsi ini, maka wang tersebut bukanlah merupakan wang terbaik.
JONGKONG EMAS PUBLIC FINE GOLD INTERNATIONAL SDN BHD.
(PUBLIC GOLD)

Public Gold merupakan syarikat yang mengeluarkan jongkong emas untuk tujuan
pelaburan.

Syarikat ini beralamat di:
Public Fine Gold International Sdn Bhd
(818840-U)
12E Ground Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang.

Jongkong emas yang dijual mempunyai berat seperti berikut: 20 gram, 50 gram, 100
gram dan 1 kg. Setiap jongkong emas mempunyai sijil ketulenan dan nombor sirinya
yang tersendiri.



Harga mengenai emas Public Gold ini boleh dirujuk disebelah kiri untuk sebarang penempahan atau pertanyaan boleh menghubungi saya di talian 013-2986532


Kelemahan Membeli Emas di Kedai Emas.


  • Kalau beli kat kedai emas yang tak de brand name, mungkin dia akan tutup dan pergi ke tempat lain. Nanti susah nak jual balik.

  • Harga akan dipotong antara 10% ke 15% daripada harga semasa. Berbanding Kijang Emas yang cuma ditolak 3.1% – 3.2%.

  • Jadi itu sahaja yang saya dapat ceritakan berkenaan belian emas di kedai.

  • Semoga anda memperolehi manfaat dan akan memulakan simpanan emas anda sekarang.

Mengapa Kita Perlu Membeli Emas?


Untuk pengetahuan anda, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.

Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang.

Saya ambil contoh syiling Kijang Emas:Harga untuk 1 Oz (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada 18 Julai 2001 ialah RM1082.00 dan pada 17 Jun 2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!

Ini adalah kenaikan harga sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun atau purata kenaikan 25.95% setahun!!

Harga Emas dunia 10 tahun

Dalam konteks harga emas pasaran dunia, mari lihat carta ini:



Pada Jun 1998, harga emas adalah 300 USD per Oz (RM30.86/gram)Pada Jun 2008, harga emas mencecah 890 USD per Oz (RM91.50/gram)

Ini adalah kenaikan 284% dalam 10 tahun bersamaan 28.4% setahun!

Ini jelas membuktikan bahawa pelaburan di dalam emas sangat stabil, hebat dan memberikan pulangan yang tinggi (sekitar 25 – 28% setahun)


Dipetik dari sifu emas Tersohor en Syukor

CliCk Di$iNi

side