Cara Untuk Membuat Pembelian Emas.

  1. Pilih Jenis Emas Yg Anda suka.


  • 1. Kalau saudara n saudari berpuas hati dgn harga yang tersebut. call or sms ke no 013-2986532 utk lock@booking harga emas yang terpampang di website.
2. Apabila persetujuan telah dicapai.dan harga telah dipersetujui..Masukkan duit pembelian kedalam akaun maybank sy di 558293608561 (Half Zone (HZ) Enterprise)

3. DIINGATKAN...Pastikan Anda menyimpan semua resit pembelian sebagai bukti pemmbelian anda.

4. So bila sy nak hantar emas untuk anda nanti, bolehla kita berbincang lebih lanjut mgenai pelaburan emas yang sangat menguntungkan ini...

5. Cas penghntaran akan dikenakn sedikit bergantung kepada budi bicara. <>

P/S = HARGA EMAS BERUBAH SETIAP 20 MINIT..KELEWATAN ANDA UNTUK MENGLOCK HARGA ADALAH SUATU KESILAPAN.

4/27/11

Dari Emas Kepada Silver..

Assalamualaikum...dan Salam Sejahtera Pengunjung Akustaticgold....



<UNTUK MAKLUMAT SEMUA>





Harga emas telah naik mendadak dari USD 1340/oz terus ke USD 1513/oz hanya dalam 

dalam tahun ini. Mengikut sumber, saya dapat tahu kenaikan ini disebabkan tindakan Amerika 

mencetak lagi dollar baru bernilai USD300 billion! .







Daripada pembacaan saya terhadap graf kitco, harga emas telah meningkat sebanyak 29% 

(lihat graf di atas) dan Perak pula meningkat sehingga 77% pada tahun ini (lihat graf di bawah), 

ekoran tindakan oleh bank2 dan pihak kerajaan yang telah menambah berbilion dollar Amerika 

di dalam pasaran bertujuan melancarkaan aliran wang di pasaran tempatan sekaligus 

merancakkan semula aktiviti ekonomi Amerika.<sungguh tidak patut>









Kebimbangan terhadap ketidakstabilan ekonomi Amerika dan krisis kewangan di Eropah juga

 menjadi faktor timbulnya spekulasi yang mengatakan lebih banyak wang kertas akan dicetak
 
bagi memulihkan kembali keadaan ekonomi semasa, sekaligus melemahkan nilai dollar dan

 meningkatkan harga Emas, Perak dan komoditi berharga yang lain.



Mungkin para pembaca agak kehairanan dengan artikel saya pada kali ini tidak hanya berkisar

 kepada emas semata-mata, tetapi kali ini ada cerita mengenai Silver atau Perak

Hah...silver 

pulak dah...kenapa saya kata silver? Sebab Public Gold sebenarnya bukan sahaja 

mengeluarkan emas tetapi juga silver, dalam bahasa orang kampung dipanggil perak...hehe.



Ini bermakna kita masih mempunyai masa untuk membuat keuntungan! Ini hasil kajian 

yang saya sempat cari untuk membandingkan peratusan kenaikan harga emas dengan silver.





Peratusan Kenaikan Harga Emas Public Gold


14 Januari 2011

20 gram Public Gold = RM 3026

Tapi Hari Ini 





Kenaikan sebanyak 10.04% <tak sampai setengah tahun> (ASB setahun baru 8.75%)



Peratusan Kenaikan Harga Emas Public Silver

14 Januari 2011

1 kilo Public Silver = RM 3971


Tapi Hari Ini



Kenaikan sebanyak 47.62% <tak sampai setengah tahun> 


BERBALOI JUGAK KALAU MENYIMPAN 


SILVER NIE KAN






MOH KITE MENYIMPAN SILVER DAN EMAS



.


3/12/11

Koleksi Dinar Yang Boleh Didapati Di Malaysia.

Dinar & Dirham adalah salah satu jenis matawang yang digunakan sejak zaman dahulu lagi.. Tetapi kini, masyarakat semakin kurang prihatin mengenai kepentinagn matawang yang pernah digunakan sewaktu Zaman Nabi Muhammad S.A.W. Dan matwang duni sekrang sedang dipengaruhi oleh wang fiat.. Jika tuan puan ingin tahu, sebenarnya, setiap wang di dunia ini, diwajibkan untuk disandarkan dengan Emas, jadi  mungkinkag suatu hari nanti, wang fiat dolar amerika akan jatuh, dan penggunaan dinar & dirham kembali di amalkan di dunia ini... Sama-sama fikirkan...
Antara koleksi dinar yang boleh didapati di Malaysia...
Antaranya adalah seperti berikut :-

1. Dinar Kelantan
2. Dinar Perak Darul Ridzuan
3. Dinar Darul Takzim
4. Dinar Darul Ehsan
5. Dinar Darul Khusus
6. Dinar Kulim
7. Dinar Restu
8. Dinar Muslim
9.  Dinar Sireh
 
10. Dinar Nabawi
 
11. Dinar Kelantan Lama
12. Dinar Borneo
13. Dinar UTP
14. Dinar GCP
Lastly, Semoga maklumat ini boleh membantu anda sedikit sebanyak..amin...



p/s i want to give flying thanks to admin Tarmizi. May ALLAH bless U..amin..

2/27/11

Strategi untuk menjana keuntungan dengan pelaburan emas.


Untuk menjana keuntungan dengan pelaburan emas.
Semua orang tahu harga emas naik setiap tahun, emas semakin mahal, emas adalah barang berharga dan mempunyai nilai yang tinggi.
Tapi berapa ramaikah yang tahu dan sudah memulakan langkah pertama dengan membeli dan melabur dalam emas?.....tak ramai.
Antara pendapat-pendapat diberi atau soalan-soalan yang sering ditanya oleh bakal customer bila kita bercerita tentang emas...
Emas dah mahal, tunggu turun la baru beli”
”Kalau beli emas sekarang dan jual masa emas naik, sama juga nanti nak beli balik pun mahal...jadi kat mana untungnya”
Beli emas ni nanti nak simpan kat mana”.....tahukah anda rantai tangan dan rantai leher (Barang kemas) dalam 50gram tu orang bawa jalan-jalan pun tak kisah.
Dalam pelaburan emas, minimum ada 3 cara untuk anda menjana keuntungan:
1. Beli dan Simpan
2. Beli dan Ar Rahnu
3. Beli dan Jual – Dealer atau Peniaga Emas
Saya akan menjelaskan mengikut pengetahuan dan pengalaman saya untuk 3 cara diatas, ada juga cara yang lain dan mungkin boleh di terangkan oleh Peniaga-peniaga dan pelabur-pelabur emas lain nanti.
CARA 1 : Beli dan Simpan
Modal :
Minimum 1Dinar
Tidak memerlukan modal yang besar pada permulaan pelaburan.
Mempunyai modal untuk membeli emas secara sedikit-sedikit atau secara berkala.
Jenis Pelabur :
  1. Pelabur yang pasif,
  2. Pelabur yang tidak mempunyai banyak masa,
  3. Pelabur jangka masa panjang,
  4. Pelabur yang sabar,
  5. Pelabur yang tak suka jumpa orang dan bercerita pasal emas

Dengan cara ini anda hanya perlu beli emas dan simpan untuk jangka masa panjang.
Jangka masa panjang yang dinyatakan adalah dalam 3 tahun ke atas.
Kalau ada rezeki stahun kenaikan dalam 15% hingga 20%.
Ini sudah dikira cukup baik berbanding dengan pelaburan yang ada di pasaran seperti ASB dan sebagainya.
Anda tak perlu risau dan ambil tahu sangat dengan kenaikan dan penurunan harga emas secara harian ataupun mingguan mahupun bulanan..
Duduk diam sahaja anda dah menikmati keuntungan.
Tak perlu bercerita tentang emas, tak perlu jumpa orang dan tak perlu buat apa-apa.Cuma anda perlu membayar zakat apabila emas anda cukup haul.
Jika anda mahu menikmati keuntungan dari pelaburan emas anda, jual sahaja nilai emas yang melebihi modal asal anda.
Contoh : Anda membeli emas dengan nilai RM10 ribu, selepas 3 tahun emas anda bernilai Rm 14500. (Average Kenaikan 15% setahun)
Jadi untuk merasai keuntungan yang anda buat, anda hanya perlu menjual emas anda yang bernilai Rm4500 sahaja .......

CARA 2 – Beli dan Ar Rahnu (Pajak)
Modal :
Tidak memerlukan modal yang besar pada permulaan pelaburan.
Minimum 20gram (Contoh untuk emas Public Gold)
Mempunyai modal untuk membeli emas secara sedikit-sedikit atau secara berkala.
Jenis Pelabur :
  1. Pelabur yang tak suka jumpa orang dan bercerita pasal emas,
  2. Pelabur yang ingin maksimumkan keuntungan simpanan emas tanpa mencari pelanggan.
  3. Pelabur yang tak reti nak bercerita pasal emas.
  4. Pelabur yang mempunyai discipline yang kuat
  5. Pelabur yang bijak atau cekap dalam pengurusan masa dan membuat perancangan

Beli Emas – Pajak Step 1 (Simpanan Emas :20g Emas x1= Rm 3000)
Dengan cara ni anda hanya perlu beli emas minimum 20g (Kalau PG) dan bila dapat emas tu anda per pajak di Agro Bank.
Anda akan dapat 70% dari nilai marhum (Contoh emas 20g Rm 3000 x 70% = Rm211)
(Perlu diingatkan anda akan dikenakan upah simpan dari nilai marhum 0.75%)
Beli Emas – Pajak Step 2 (Simpanan Emas :1Dinar Emas x3= Rm 1800)
Duit hasil pajakan itu anda gunakan semula untuk membeli emas..tapi kali ni anda beli 1Dinar sebanyak 3 keping (cth 1Dinar Rm600 x 3 = Rm1800)
Kemudian anda pajak semula 3 keping 1 Dinar itu dan dapat Rm 1260
Beli Emas – Simpan Step 3 (Simpanan Emas :1Dinar Emas x2= Rm 1200)
Duit hasil pajakan Rm1260 tu anda boleh beli emas lagi 1Dinar sebanyak 2 keping.
Dan simpan.
Anda perlu menjual emas yang terakhir anda miliki apabila harga tinggi dalam masa 6 bulan...(tempoh pajakan).
Dan hasil jualan emas tu anda perlu tebus emas yang anda pajak.
Dengan mempunyai modal sebanyak Rm3000, anda boleh memiliki emas bernilai RM6000.
Jika diizinkan, peratus kenaikan harga emas akan melebihi peratus upah simpan..dengan ini anda menjana keuntungan dari modal yang pada asalnya bukan milik anda..
Ada beberapa cara lagi untuk menebus emas anda tanpa menjual emas yang ada ditangan jika anda mampu.....sila hubungi saya 012-2902002 untuk share infor.

CARA 3 – Beli , Simpan dan Jual ,Simpan ..Jadi Tokey Emas...
Modal :
Memerlukan modal yang agak besar untuk permulaan Rm 20k
(Walaubagaimanapun jika anda berminat nak jadi Dealer tapi tak cukup modal, anda boleh menghubungi saya di 013-2986532..saya ada cara untuk anda)
Jenis Pelabur :
  1. Pelabur yang mempunyai ilmu pasal emas.
  2. Pelabur yang boleh bercerita pasal emas dan kebaikan melabur dalam emas
  3. Pelabur yang rajin berjumpa pelanggan
  4. Pelabur yang boleh meluangkan banyak masa melayan pelanggan

Dengan cara ini anda perlu menjadi Dealer dengan membeli emas sebanyak Rm20k dalam satu resit.
(Jika berminat boleh call saya 013-2986532 untuk penerangan)
Semua sudah sedia tahu dengan menyimpan emas sahaj anda sudah untung, tapi kalau nak lebih untung anda bole menjual emas yang anda miliki.
Komisyen
Dengan menjual emas yang anda miliki anda akan menapat Komisyen atas setiap jualan yang anda buat sebanyak 1%.
Spread yang rendah.
Dengan menjadi dealer juga anda dapat merendahkan spread yang ditetapkan oleh PG..
Contoh : Pelanggan Biasa spread 6%
Sebagai Dealer , komisyen jualan 1%, dan komisyen belian balik 0.5%
Oleh itu Spread sebenar anda sebagai Dealer adalah 6% - 1% - 0.5% = 4.5%
Dengan spread yang kecil anda memiliki peluang yang agak banyak dan luas unutk menjual kembali emas anda dan mendapat keuntungan.
Apa-apa pun penerangan yang diberi diatas adalah atas pandangan saya dan relevan pada masa Blog ini ditulis (27th Feb 2011) .

2/24/11

Boleh jadi jutawan ke dengan emas nie?


Samada emas nie akan menjadikan anda jutawan atau tidak, bergantung kepada 
ilmu dan tindakan anda.

Kalau anda buat pelaburan dengan beli ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi.. untung jugak lah.. tapi sikit ajer.

Begitu juga kalau buat loan dan beli emas.

Tapi, kalau anda ambil peluang buat business emas, contohnya jadi agen Public 
Gold.. maka untung lebih lagi lah.. sebab jual emas dapat komisyen.. tak perlu tunggu harga tinggi baru untung.

Kalau anda jadi master agen Public Gold, buka kedai emas.. pergh.. lagi lah untung besar... memang sah jutawan emas nie :)

Nampak tak? nak untung besar, usaha pun kena besar lah...

Dari masa ke semasa saya akan terus berkongsi ilmu dan maklumat berkenaan emas.

Semoga kita kaya bersama-sama. Amin.

1/26/11

Emas Mengalami Penurunan..

JADI APA YANG PERLU DILAKUKAN...

Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kepada saudara / saudari yang sentiasa mengikuti post ini. Sejak dua minggu kebelakangan ini, harga emas dalam bentuk trend menurun. Adakah ini petanda awal harga akan terus menurun?. Ataupun harga ini adalah bersifat sementara? ataupun juga harga ini adalah yang paling rendah? Untuk membuat keputusan tersebut, semuannya bergantung kepada beberapa golongan dan ilmu yang dimiliki.

A) Penganalisis harga emas

Bagi yang mempunyai ilmu menganalisis harga dan pengalaman serta tahu selok belok penawaran dan permintaan. Mereka dapat menentukan harga tersebut setidak-tidaknya hampir tepat. Ada juga ramalan mereka tersasar tetapi masih hampir dengan harga yang diharapkan Walaubagaimanapun, harga komoditi emas ini boleh berubah bila-bila masa sahaja tetapi perubahannya tidaklah sepantas di pasaran saham. Apabila harga mencecah harga sasaran, maka penganalisis akan membeli dengan kuantiti yang banyak. Oleh itu, analisis daripada mereka yang pakar boleh digunakan atau dijadikan penanda aras untuk kita memiliki emas di pasaran.

B) Peniaga Emas

Peniaga emas lain pula ceritanya, bagi mereka harga turun atau naik tidak pernah menjadi masalah. Mereka tetap membeli emas tersebut. Jika harga turun, mereka akan membeli dengan kuantiti yang banyak lebih-lebih lagi jika permintaan yang tinggi daripada pelanggan. Kebiasaannya mereka akan memiliki emas yang banyak sabagai stok. Mereka sedar, permintaan yang tinggi berlaku apabila tibanya musim perayaan dan musim cuti sekolah (majlis perkahwinan). Walaupun harga jatuh atau naik, mereka tetap mendapat keuntungan melalui spread harga yang telah mereka tetapkan.

C) Pelabur emas 

Berlainan pula dengan pelabur emas. Bagi pelabur emas yang hanya tertumpu kepada melabur emas sahaja, mereka ada target masing-masing. Pelabur ini tahu dalam jangka masa yang panjang harga emas akan meningkat. Mereka tidak risau dengan harga emas itu naik atau turun. Ini kerana target mereka adalah jangka masa sederhana dan panjang. Jika ada wang ditangan, mereka akan cepat-cepat tukarkan kepada emas. Bagi yang memiliki ilmu menganalisis, mereka akan meneliti harga terlebih dahulu sebelum membelinya.

D) Pemerhati

Pemerhati pula mempunyai sikap memerhati dan menunggu. Walaupun harga tersebut turun, tetapi masih lagi memerhati. Mereka hanya beranggapan harga emas masih lagi tinggi. Mereka dapat menyampaikan dengan baik tentang naik turun harga emas. Ini mungkin disebabkan beberapa perkara yang menganggu keputusan mereka, antaranya:-

i- Tidak mempunyai wang simpanan yang cukup untuk memiliki emas.
ii- Lebih mementingkan wang simpanan daripada pelaburan emas. Bagi mereka memiliki emas itu tidak menampakkan pulangan yang menguntungkan.
iii-Hanya minat untuk mengetahui sahaja dan kurang yakin dengan emas walaupun mempunyai wang di tangan. 
 iv- Beranggapan emas itu mahal dan mereka akan terus menunggu sehingga harga itu jatuh seperti di zaman 30 tahun yang lepas. Itupun masih juga mahal.
v- Lebih mengutamakan benda lain dahulu (liabiliti dan kehendak). Jika ada lebihan wang barulah memiliki emas, tetapi emas itu adalah pilihan yang terakhir.



Kesimpulan 
Untuk membuat pelaburan yang bijak terutama pelaburan masa hadapan, maka seseorang itu haruslah memiliki ilmu terlebih dahulu melalui pembacaan, seminar, forum-forum dan seumpamanya bagi meningkatkan keyakinan. Setelah keyakinan itu diperoleh, maka langkah seterusnya perlu dilakukan tanpa menunggu dan melihat terlebih dahulu. Jika hanya menunggu, masa yang dilalui tidak dapat diundur lagi.

1/15/11

Tujuan

 SAYA HANYA MAHU MENGAJAK ANDA MENYIMPAN EMAS & BERKONGSI ILMU MENGENAINYA.


Tapi kenapa sampai beriya sangat nak ajak orang menyimpan emas hingga bersusah payah buat blog sendiri untuk promosi emas ni. 

Nampak menakutkan dan mengundang beberpa persoalan seterusnya membandingkan dengan beberapa skim yang saya sebutkan tadi. Mesti anda beranggapan bahawa mesti untung besar ni. Takkan nak bersusah begitu sekali nak ajak orang. Pesal tak kata, lantaklah dengan orang lain tu dengan nasibnya.

Memang la ada untung. Mana ada orang buat sesuatu tu dengan sungguh-sungguh tanpa untung

Paling tidak pun keuntungan dari mendapat keredhaanNya. Tapi banyak mana? Saya hanya boleh bagi bayangan bahawa keuntungannya datang dari bagaimana cara kita menguruskan emas kita walaupun sebagai peyimpan pasif saja. Saya pun boleh kongsi tentang cara berniaga emas. Tapi dengan syarat anda kena minat dan rajin membaca serta bertanya jika kurang faham. Saya mengambil juga mgambil masa yg lama memahami dan membuat keputusan tentang emas dan lebih setahun dengan pemerhatian sendiri.

Berbalik kepada kenapa saya beriya sangat ajak anda menyimpan emas ni.

 Tentang ini pun saya akan berkongsi jugak dengan anda. Bermakna tiada apa lagi yang nak diselindungkan. Sebenarnya dengan kuasa emas yang Allah bagi pada kita, kita boleh buat apa saja atas dunia ni tapi dengan syarat kita juga kena belajar macamana cara nak guna emas. Rasanya kat sekolah pun tak ada ajar subjek ni.


 
Graf harga emas 10 tahun lalu.
(Klik untuk besarkan)
Antaranya ialah:

# Emas adalah kekayaan sebenar kita. Sebab? Tiada lagi benda lain yang boleh tandingi nilai emas termasuk rumah, tanah dan sebagainya. Tapi bagi mereka yang belum mempunyai rumah, sebaiknya beli la rumah dulu jika perlu. Tentang ini pun saya dah tulis sebelum ni.

# Harga emas sentiasa meningkat sebanyak 30% setahun (purata) sejak 10 tahun lalu. Harga emas pada tahun 1998 ialah RM32/gram atau 1 dinar hanya RM145 sahaja. Sekarang tahun 2010 harga segram emas ialah RM166 atau 1 dinar RM672. Cuba kira berapakah kenaikanya. Jadi kita tak perlu melabur pun kalau nak untung. Hanya simpan jer. Kalau berniaga lagi la untung

# Wang kertas (fiat money) mengalami kejatuhan nilai setiap hari kerana dimamah inflasi. Nilai RM25 hari ini yang boleh membeli sekampit beras 10kg tidak lagi boleh berbuat demikian setahun dari sekarang kerana inflasi semakin meningkat. Walaubagaimana pun kita tetap memerlukan wang tunai untuk kegunaan belanja harian.

# Menguatkan ekonomi ummat Islam. Bila anda membaca dan mengambil iktibar dari bencana inflasi Zimbabwe sehingga 2.5juta peratus maka itulah keadaannya jika duit sudah tidak benilai lagi selain dari emas.

# Emas adalah satu benda yang paling mudah dicairkan untuk dapatkan tunai. Setiap orang sukakan emas sejak 6000 tahun dahulu. Dengan ujudnya pajakkan cara Islam (Ar-rahnu) maka peluang untuk meningkatkan ekonomi ummat Islam terbuka seluas-luasnya. Tepuk dada tanya hati untuk buat keputusan.

#  Bebas dari dosa riba kerana nilai emas akan naik dengan sendiri tanpa manipulasi dan kawalan. Harga akan meningkat berdasarkan permintaan semasa. Mengikut kajian kos melombong emas semakin tinggi dan susah dijumpai juga banyak mempengaruhi harga emas dunia.

# Emas boleh dipajak di Arrahnu iaitu pajak gadai cara Islam. Satu ketika dulu hanya orang miskin yang kesempitan duit saja yang ke kedai pajak tapi sekarang keadaanya sudah terbalik. Sebab tu la bila sebut saja perkataan pajak gadai satu perasaan negatif ujud dalam benak kita. Tapi kini orang kaya saja yang pergi ke arrahnu kerana mereka mempunyai emas. Harta lain seperti tanah, kereta dan rumah tidak boleh dipajak tapi boleh dicagar di bank. Cagaran di bank adalah cerita lain kerana banyak kelemahannya termasuk riba dokumentasi yang banyak. Orang yang memiliki emas digelar orang kaya. Usahawan emas lagi la digelar orang kaya. Dengan arrahnu dengan hanya sehelai kertas dan beberapa minit saja diperlukan untuk anda diberi pinjaman sehingga RM50,000.00.

Continue From The Last Entry.

Memang betul rezeki itu dari Allah tapi jangan lupa usaha adalah tangga kita. Tanpa sebarang usaha nak suap nasi pun tak boleh. Dalam bab emas ni pulak saya lebih suka bercerita hanya untuk simpanan sahaja tapi jika anda mahu melabur dan berniaga, keuntungan sepatutnya lebih berganda dari sekadar menyimpan. Jadi walaupun sekadar menyimpan tanpa berbuat apa-apa, kita tetap akan untung, malah lebih untung dari menyimpan dalam ASB atau Tabung Haji yang anda semua sudah tau berapa % setahun. Juga semua orang tahu bahawa harga emas meningkat saban tahun dan tidak ada orang kata harga emas sekarang murah. Saya pun dah lama dengar ayat ni dari dulu lagi tapi biasanya orang akan cakap, harga emas tahun lepas lebih murah dari harga sekarang. Betul la tu. Tapi faktanya? Saya pun sama, hanya tahu tanpa fakta. ASB tau la, dividen dan bonus dalam 7% setahun. Tahukah anda bahawa kenaikan harga emas adalah sehingga 20++% setahun. Banyak tu kalau nak bandingkan dengan ASB. Perbandingan ini pun orang tau tapi kenapa tiada tindakan?

Dalam pada tu ada jugak soalan bodoh yang saya dengar. “Habis kalau harga emas tu mahal, nak jual kat mana?” saya jawab, JANGAN JUAL,TAPI PAJAK JE. Sebenarnya bab pajak memajak pun kena bukak satu topik lain sebab masih ramai kaum Melayu ni tak tau tentang ujudnya Arrahnu kat Bank Rakyat atau Agro bank tu. Tapi tak apa la sekurang-kurang mereka ni nak bertanya dan memberi kita petunjuk tentang tahap ilmu ekonomi yang mereka ada.
Semua orang tertarik dengan emas
sejak 6000 tahun dulu

Sejak setahun lalu, melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri saya dah boleh agak kenapa perkara ni berlaku. Tiada pengentahuan tentang emas atau ILMU emas. Dalam kepala mereka ni hanya nampak duit saja. Ya… yang kita tau duit adalah satu benda yang paling berkuasa atas dunia sekarang tapi sebenarnya ada lagi benda yang lebih berkuasa dari duit iaitu EMAS. Hanya segelintir sahaja yang tau tentang kuasa emas. Kalau ada yang tau pun hanya untuk kegunaan sendiri jer. Lantak la orang lain. Emas ni untuk orang perempuan saja. Hanya orang nak kawin saja guna emas sebagai hantaran dan sebagainya.

Adakah anda pernah dengar bahawa pekedai emas bankrap, tutup kedai atau ada masalah kewangan walaupun tak ada orang masuk pun ke kedainya…. Tak ada kan?. Sebab mereka ni menjual emas. Emas ni tak buruk, tak busuk, tak ada tarikh luput dan tak perlu nak simpan dalam bilik hawa dingin pun untuk jaga kualitinya. Tanam dalam tanah sekali pun harga emas tetap akan bernilai dan harganya terus naik. Emas tak boleh dimusnahkan, tak boleh dicipta dan tak boleh dimanipulasi macam duit kertas.

EMAS BUKAN SKIM CEPAT KAYA ATAU MLM...

Bila saya bercerita kepada seorang rakan tentang emas, terus saya dilebelkan dengan pemain saham cepat kaya atau MLM. Susah betul nak ubah fikiran masyarakat kita yang rata-rata dah tau dengan kelemahan sistem lapuk yang dah bersarang dalam kepala mereka sejak skim berkenaan melanda negara padahal mereka hanya tau berita ni hanya melalui percakapan dan tanpa melaluinya. Ini dipanggil gosip.
Sistem MLM yang hanya menguntungkan
orang di atas

Di sini suka saya ingin terangkan bahawa kenapa emas? Tidak duit, tidak ASB, Tidak Tabung Haji atau Unit Trust? Sebenarnya saya pun pernah terjebak dengan skim MLM dan beberpa skim saham yang agak popular pada suatu ketika dulu. Dalam banyak-banyak nama dan syraikat itu tak ada satu pun yang menjayakan saya tapi tidaklah sampai jatuh miskin. Tapi saya lalui semua ini demi untuk berjaya, kalau tak berjaya pun saya dah ada satu pengalaman yang mungkin orang lain tak ada. Saya memegang kata-kata semangat dari seorang kenalan bahawa orang yang berjaya adalah mereka yang sanggup mengambil risiko dan jika ada orang yang penakut tapi berjaya, itu bukan dari usahanya sendiri tapi hanyalah kerana nasib.

1/14/11

Produk Emas Yang Dipasarkan.


Pamp S.A 999.9

Emas antarabangsa yang boleh diterima dimana-mana kedai atau
mana-mana Bank diseluruh Malaysia,ianya adalah salah satu jongkong emas yang meluas dalam pasaran antarabangsa.
Saya ada menjual:
5 gram, 10 gram, 20 gram,50 gram,100 gram,500 gram dan 1kg

Jewellery 999

Adalah salah satu produk yang jarang dijual dimana-mana kedai diseluruh negara,ianya sesuai dipakai sambil menyimpan.
Saya ada menjual:
10 gram, 20 gram, 30 gram, 50 gram dan 100 gram

Jewellery 916

Emas yang tidak asing lagi bagi orang ramai,ianya sesuai untuk barang perhiasan
sambil menyimpan harta emas. Saya menjual dalam semua bentuk dan saiz,untuk mendapatkan katalog boleh pm saya.

Dinar 999.9

Peralihan dari pada wang fiat kepada Dinar dan juga boleh dibeli untuk penyimpanan koleksi disamping menyimpan harta emas. Ukuran berat untuk 1 Dinar adalah 4.25 gram.
Harga boleh didapati dalam table disebelah kanan blog ini.

CliCk Di$iNi

side