SAYA HANYA MAHU MENGAJAK ANDA MENYIMPAN EMAS & BERKONGSI ILMU MENGENAINYA.
Tapi kenapa sampai beriya sangat nak ajak orang menyimpan emas hingga bersusah payah buat blog sendiri untuk promosi emas ni.
Nampak menakutkan dan mengundang beberpa persoalan seterusnya membandingkan dengan beberapa skim yang saya sebutkan tadi. Mesti anda beranggapan bahawa mesti untung besar ni. Takkan nak bersusah begitu sekali nak ajak orang. Pesal tak kata, lantaklah dengan orang lain tu dengan nasibnya.
Memang la ada untung. Mana ada orang buat sesuatu tu dengan sungguh-sungguh tanpa untung.
Paling tidak pun keuntungan dari mendapat keredhaanNya. Tapi banyak mana? Saya hanya boleh bagi bayangan bahawa keuntungannya datang dari bagaimana cara kita menguruskan emas kita walaupun sebagai peyimpan pasif saja. Saya pun boleh kongsi tentang cara berniaga emas. Tapi dengan syarat anda kena minat dan rajin membaca serta bertanya jika kurang faham. Saya mengambil juga mgambil masa yg lama memahami dan membuat keputusan tentang emas dan lebih setahun dengan pemerhatian sendiri.
Berbalik kepada kenapa saya beriya sangat ajak anda menyimpan emas ni.
Tentang ini pun saya akan berkongsi jugak dengan anda. Bermakna tiada apa lagi yang nak diselindungkan. Sebenarnya dengan kuasa emas yang Allah bagi pada kita, kita boleh buat apa saja atas dunia ni tapi dengan syarat kita juga kena belajar macamana cara nak guna emas. Rasanya kat sekolah pun tak ada ajar subjek ni.
|
Graf harga emas 10 tahun lalu.
(Klik untuk besarkan) |
Antaranya ialah:
# Emas adalah kekayaan sebenar kita. Sebab? Tiada lagi benda lain yang boleh tandingi nilai emas termasuk rumah, tanah dan sebagainya. Tapi bagi mereka yang belum mempunyai rumah, sebaiknya beli la rumah dulu jika perlu. Tentang ini pun saya dah tulis sebelum ni.
# Harga emas sentiasa meningkat sebanyak 30% setahun (purata) sejak 10 tahun lalu. Harga emas pada tahun 1998 ialah RM32/gram atau 1 dinar hanya RM145 sahaja. Sekarang tahun 2010 harga segram emas ialah RM166 atau 1 dinar RM672. Cuba kira berapakah kenaikanya. Jadi kita tak perlu melabur pun kalau nak untung. Hanya simpan jer. Kalau berniaga lagi la untung
# Wang kertas (fiat money) mengalami kejatuhan nilai setiap hari kerana dimamah inflasi. Nilai RM25 hari ini yang boleh membeli sekampit beras 10kg tidak lagi boleh berbuat demikian setahun dari sekarang kerana inflasi semakin meningkat. Walaubagaimana pun kita tetap memerlukan wang tunai untuk kegunaan belanja harian.
# Menguatkan ekonomi ummat Islam. Bila anda membaca dan mengambil iktibar dari bencana inflasi Zimbabwe sehingga 2.5juta peratus maka itulah keadaannya jika duit sudah tidak benilai lagi selain dari emas.
# Emas adalah satu benda yang paling mudah dicairkan untuk dapatkan tunai. Setiap orang sukakan emas sejak 6000 tahun dahulu. Dengan ujudnya pajakkan cara Islam (Ar-rahnu) maka peluang untuk meningkatkan ekonomi ummat Islam terbuka seluas-luasnya. Tepuk dada tanya hati untuk buat keputusan.
# Bebas dari dosa riba kerana nilai emas akan naik dengan sendiri tanpa manipulasi dan kawalan. Harga akan meningkat berdasarkan permintaan semasa. Mengikut kajian kos melombong emas semakin tinggi dan susah dijumpai juga banyak mempengaruhi harga emas dunia.
# Emas boleh dipajak di Arrahnu iaitu pajak gadai cara Islam. Satu ketika dulu hanya orang miskin yang kesempitan duit saja yang ke kedai pajak tapi sekarang keadaanya sudah terbalik. Sebab tu la bila sebut saja perkataan pajak gadai satu perasaan negatif ujud dalam benak kita. Tapi kini orang kaya saja yang pergi ke arrahnu kerana mereka mempunyai emas. Harta lain seperti tanah, kereta dan rumah tidak boleh dipajak tapi boleh dicagar di bank. Cagaran di bank adalah cerita lain kerana banyak kelemahannya termasuk riba dokumentasi yang banyak. Orang yang memiliki emas digelar orang kaya. Usahawan emas lagi la digelar orang kaya. Dengan arrahnu dengan hanya sehelai kertas dan beberapa minit saja diperlukan untuk anda diberi pinjaman sehingga RM50,000.00.
No comments:
Post a Comment